Tuesday, July 7, 2009

HOUSEMATE..

Dah lama aku nak tulis pasal rakan serumah aku ni. Tapi masa amat mencemburui (hakktuihh tul tatabahasa ini) aku, so terbantut lah segala nawaitu nak kutuk mamat nih. Bagi rakan-rakan di Universiti Utara Malaysia, terutamanya budak Communication maybe dah kenal dengan beliau. Bagi mereka yang masih samar-samar ayam dengan character beliau, sila baca entry ini sampai habis ok.


Mamat ni adalah otai in “arguing” orang punya presentation, lectures mahupun speech sekalipun. Tu dulu, pada zaman menjadi mahasiswa, sekarang aku tak berapa pasti memandangkan tak ada yang kerja satu office dengan beliau.

Terkenal dengan teknik longgokkan baju dan seluar, beliau juga bergiat aktif dalam aktiviti menyepahkan barangan peribadi beliau di merata-rata posisi sama ada di rumah mahupun di hostel. Bagi kami yang serumah dengan beliau, perkara tersebut adalah menjadi kebiasaan dan tidak dipandang serious. Benda paling sengal yang pernah beliau buat di dalam rumah ialah melabur dan tak flush. Tsk. Gelimat weh.

Beliau adalah seorang interns yang amat bercita-cita tinggi. Beliau bekerja keras membanting tulang semasa sesi internship untuk mencapai impian untuk memiliki sebuah Lamborghini Gallardo berwarna kuning pada masa terdekat, sehinggakan beliau terpaksa pulang hingga lewat malam ke rumah. (jumlah jam kerja + waktu clubbing + berfoya-foya dengan boss beliau, maybe.. dan minum-minum). Beliau juga pernah mempraktikkan skill valet parking menggunakan kereta beliau yang agak klasik sehingga terpaksa membayar sejumlah wang kepada pihak DBKL.

Pada suatu malam, beliau pulang agak lewat. Pada ketika itu warga rumah aku masing-masing melepak depan televisyen. Beliau masuk ke rumah dengan tidak memberi salam. Owh ya, ingin dinyatakan disini, beliau adalah seorang Christian, so tidak perlu untuk memberi salam, cukup sekadar bau stoking dan kaki beliau untuk memberitahu kehadiran beliau di dalam rumah.

Mael menyapa beliau dengan nada lembut:

Mael: ko gi mane balik lewat ni Katup?
Beliau: Boss aku buat kenduri.
Mael: kenduri apa?
Beliau: ntah, ada orang ramai-ramai, baca buku. Aku nak dok luar, tapi boss aku suh join skali. Aku pegang je la buku tu, orang buka dari belakang ke depan, aku buka macam buku biasa.
Mael: ko pegi tahlil? Hahahahaha

** Satu rumah gelak keras, nasib baik minachi tingkat 16 yang ada affair dengan Dinul tu tak sound. **

Keesokkan harinya aku ajak beliau dan rakan-rakan lain ke satu mesyuarat parti politik melayu. Mereka yang ikut bakal dapat makan free dan sedikit wang poket. Sampai di mesyuarat tersebut, kami mencari port nak conduct meeting. Port yang paling free adalah di surau. Sekali lagi beliau di bahan oleh rakan-rakan. Habis bermesyuarat, VVIP yang member speech penutup mengajak semua hadirin untuk menunaikan solat Asar berjemaah. Sekali lagi aku dan rakan-rakan ketawa kecil sambil melihat muka beliau yang agak merah padam. Cuba bayangkan bagaimana beliau akan menunaikan solat dengan satu haram knowledge pasal sembahyang pon beliau tak tau. Tu baru dihitung solat, ambil wuduk? Tsk tsk tsk.. ehehehe :p

Aku suspect beliau dah nak pindah since dia dah jarang balik rumah sekarang. Adakah beliau terkilan dengan posting aku ini atau teguran yang agak keras yang telah beliau terima dari jawatankuasa pemantauan rumah?

Wallahualam.

No comments:

Post a Comment